Berita Utama

‘Hak umat Islam, nak sebut Allah boleh tapi jangan seleweng’

Jom bangkit tolak bukan muslim guna kalimah suci

BANGI, 1 Syaaban 1442H, Ahad – Umat Islam diajak untuk bersama-sama membina gelombang kebangkitan ummah bagi menolak golongan bukan muslim mengunakan kalimah-kalimah suci agama Islam.

Gesaan itu disuarakan Presiden Persatuan Kebajikan Darul Islah (Perkid), Ustaz Masridzi Sat dipercayai susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penganut Kristian seluruh negara menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan pendidikan agama itu.

Selain perkataan Allah, tiga lagi perkataan lain yang dibenarkan ialah Baitullah, Kaabah dan solat.

Sehubungan itu, Ustaz Masridzi khuatir sekiranya umat Islam menjadi keliru atau lebih parah merosakkan akidah mereka.

Lebih membimbangkan jika wujud gerakan memurtadkan umat Islam seperti mana yang berlaku sebelum ini.

Meskipun gembira bukan muslim memeluk Islam, namun lebih berdukacita jika Allah SWT yang satu menjadi sama dengan Allah tiga dalam satu (Trinity), katanya.

“Jadi di sebalik kebaikan, mudaratnya lebih besar.

“Maka mari bersama-sama kita bina gelombang kebangkitan ummah untuk menolak golongan bukan muslim gunakan kalimah-kalimah suci agama kita,” katanya dalam catatan di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, Ustaz Masridzi yang juga Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mengingatkan pihak-pihak tertentu untuk tidak mengambil hak muslim.

“Jangan ambil hak kami sebagai umat Islam. Nak sebut nama Allah boleh tapi jangan selewengkan.

“Rekod dan sejarah telah membuktikan mereka ada agenda lain,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button