Berita Utama

Capai sasaran, tabung sumbangan ‘rider’ Food Panda ditutup

PEMBELA berterima kasih kepada umat Islam salur bantuan, semangat

BANGI, 1 Zulkaedah 1442H, Sabtu – Hanya beberapa jam dilancarkan, tabung kilat yang digerakkan oleh Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) bagi membantu lima penghantar makanan Food Panda terpaksa ditutup ekoran sudah melepasi sasaran kutipan.

Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya dalam satu kenyataan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai, khususnya umat Islam yang menyalurkan bantuan dan semangat kepada lima individu terbabit.

Beliau turut menghargai usaha pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan Melayu, Islam yang menggerakkan tabung sumbangan berkenaan.

“Ini bukti bahawa kebersamaan kita adalah sebuah kekuatan ummah yang jitu. InsyaAllah, wang ini akan digunakan untuk membayar segala kos ikat jamin dan kos-kos lain seperti kos mahkamah (jika ada).

“Lebihan wang kutipan kita akan salurkan kepada abang-abang rider yang terputus pendapatan sepanjang direman,” katanya.

Petang tadi, PEMBELA melancarkan tabung kilat secara atas talian dengan sasaran kutipan sehingga RM20,000 bagi membantu ikat jamin lima penghantar makanan yang ditahan kerana mempertahankan kalimah Allah.

Aminuddin sebelum ini memaklumkan bahawa kutipan dibuat bagi membayar kos ikat jamin lima individu berkenaan yang dianggarkan RM3,000 hingga RM4,000 seorang.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button