Berita Utama

Lebih 250 wakil NGO hadir sidang tergempar kalimah Allah 2.0

NGO-NGO Islam bincang secara strategik, kemukakan enam resolusi

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

KUALA LUMPUR, 1 Syaaban 1442H, Ahad – Lebih 250 wakil daripada 50 pertubuhan bukan kerajaan hadir persidangan tergempar NGO-NGO Islam dan tokoh-tokoh masyarakat dalam isu kalimah Allah 2.0, hari ini.

Persidangan selama hampir dua jam itu antara lain membincangkan secara strategik mengenai kes kalimah Allah yang sedang dihadapi umat Islam ketika ini.

Turut hadir dalam persidangan tersebut ialah Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya; Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Presiden Persatuan Kebajikan Darul Islah (Perkid), Ustaz Masridzi Sat.

Antara lain yang kelihatan ialah Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia (Amal Sejagat), Cikgu Izzat Johari; Pengerusi Gabungan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia (MACSA), Lukman Sheriff Alias dan wakil Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Haji Rashidi Haris.

Persidangan itu berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, di sini, dilaksanakan selepas Mahkamah Tinggi memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain, dalam penerbitan agama itu, untuk pendidikan dalam komuniti mereka.

Selain kalimah Allah, penggunaan perkataan iaitu solat, Kaabah dan Baitullah juga dibenarkan kepada orang Kristian.

Dalam persidangan tersebut, sebanyak enam resolusi telah dikemukakan hasil perjumpaan NGO-NGO Islam itu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button