Berita UtamaDunia

Disangka musuh, 2 pegawai Israel maut ditembak rakan sendiri

Seorang askar anggap tindakan mereka sebagai serangan Palestin

TEBING BARAT, 10 Jamadilakhir 1443H, Khamis – Dua pegawai Israel terbunuh secara tidak sengaja selepas ditembak oleh salah seorang tentera mereka ketika rondaan keselamatan berhampiran pangkalan di Tebing Barat yang diduduki.

Kenyataan tentera pada Khamis memberikan sedikit butiran mengenai insiden tembakan malam Rabu.

Media Israel mengatakan insiden itu melibatkan Unit Egoz – komando elit Briged Oz – di Lembah Jordan.

“Pegawai tersebut telah tersilap dikenal pasti dan tersalah bunuh oleh IDF.

“Keluarga pegawai – dikenali sebagai Mejar Ofek Aharon, 28, dan Mejar Itamar Elharar, 26, telah dimaklumkan.

“Seorang askar dalam unit itu menganggap tindakan mereka sebagai serangan Palestin, dan akibat tembakan(nya), dua pegawai itu terbunuh,” kata jurucakap tentera di radio awam Kan.

Akhbar Jerusalem Post melaporkan, pegawai-pegawai itu telah menamatkan latihan tentera di zon menembak pangkalan Nabi Musa dan sedang melakukan rondaan apabila mereka mengenal pasti seorang yang mencurigakan.

Mereka memulakan prosedur untuk menangkap individu terbabit termasuk melepaskan tembakan di udara, menurut laporan itu.

Mereka kemudian ditembak oleh seorang lagi askar yang tersilap mengenal pasti pegawai itu sebagai penyerang.

“Ini bukan insiden yang berlaku semasa latihan. Bukannya tentera kami menembak tentera kami ketika latihan itu,” kata Ketua Divisyen ke-98 Komando Pusat, Brigedier-Jeneral Ofer Winter.

Menurut tentera, keadaan sebenar kejadian sedang disiasat

“IDF merakamkan ucapan takziah kepada keluarga yang kehilangan dan akan terus menyokong mereka,” kata kenyataan itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button