Berita Utama

Tak perlu bayar suntikan vaksin COVID-19

Negara terima 100,000 dos dari Sinovac hari ini: Khairy

PUTRAJAYA, 1 Syaaban 1442H, Isnin – Rakyat tidak perlu membayar untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, caj berkenaan sebaliknya akan dibayar oleh kerajaan.

“Untuk fasiliti swasta, kalau sekiranya ia dikenalpasti sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, maka siapa yang dapat temujanji di klinik dan hospital swasta. Tak perlu bayar.

”Caj itu dibayar oleh kerajaan,” katanya pada sidang akhbar yang disiarkan menerusi dalam talian.

Sementara itu, beliau berkata, pada akhir bulan Mac, negara akan menerima 1,000,350 dos vaksin Pfizer-BioNTech.

Katanya, Pfizer telah menghantar 83,070 dos vaksin tambahan pada hari Isnin (15 Mac), dan akan menghantar 124,020 dos lagi pada 22 Mac.

Beliau menambah bahawa 125,190 dos tambahan dari Pfizer akan dihantar pada 29 Mac.

Khairy juga mengatakan negara akan menerima 100,000 dos dari Sinovac pada hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button