Dunia

Tebing Barat dikenakan perintah berkurung 5 hari

Pergerakan antara bandar tak dibenar kecuali bagi pekerja kesihatan

RAMALLAH, 2 Syaaban 1442H, Isnin – Palestin mengarahkan perintah berkurung di Tebing Barat yang dijajah,  mulai hari ini hingga Jumaat susulan peningkatan mendadak kes COVID-19.

Jurucakap kerajaan, Ibrahim Melhem dalam satu kenyataan berkata, pergerakan antara bandar Palestin tidak dibenarkan kecuali bagi pekerja kesihatan.

Katanya, sekolah dan kolej juga telah diarahkan tutup selama lima hari pelaksanaan perintah berkenaan. 

Bagaimanapun, perintah itu tidak termasuk Semenanjung Gaza, yang diperintah oleh kumpulan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas)  

Terdahulu, pihak berkuasa kesihatan Palestin mengesahkan 27 kematian dan 1,784 kes jangkitan baharu COVID-19 pada Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhan di Tebing Barat dan Gaza kepada 234,449 kes termasuk 2,494 kematian. –  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button