Berita Utama

Undang-undang tentera dikuat kuasa di lebih 4 bandar di Yangon

Beri kuasa pentadbiran, kehakiman kepada panglima wilayah Yangon

YANGON, 1 Syaaban 1442H, Isnin – Majlis Pentadbiran Negara Myanmar pada Isnin menguatkuasakan undang-undang tentera di Dagon Utara, Dagon Selatan, Dagon Seikkan dan bandar Okkalapa Utara di wilayah Yangon, lapor Xinhua.

Majlis memberikan kuasa pentadbiran dan kehakiman kepada panglima wilayah Yangon untuk memastikan keamanan, ketenangan dan kedaulatan undang-undang, memetik pengumuman Pejabat Panglima Angkatan Tentera.

Pada Ahad, undang-undang tentera turut dikuat kuasa di Hlaingthaya dan Shwe Pyi Thar di wilayah Yangon setelah beberapa kilang di bandar tersebut dibakar.

Perintah darurat setahun diisytiharkan di Myanmar pada 1 Februari tahun ini dan pemerintahan negara diserahkan kepada Panglima Angkatan Tentera Sen-Jeneral Min Aung Hlaing, pengerusi Majlis Pentadbiran Negara yang baharu dibentuk. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button