Dunia

China batal lebih 400 penerbangan akibat ribut pasir

Kualiti udara di Beijing, bandar lain menurun akibat taufan dari Mongolia

BEIJING, 2 Syaaban 1442H, Selasa – China terpaksa membatalkan ratusan penerbangan susulan ribut pasir melanda ruang udara negara itu, menurut media dikendalikan kerajaan. 

Daily Global Times melaporkan, lebih 400 penerbangan dibatalkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing dan Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing ekoran ribut pasir yang teruk.

Kedua-dua lapangan terbang itu masing-masing membatalkan 247 dan 181 penerbangan masuk dan keluar, kata laporan berkenaan.

Dalam tempoh satu dekad, China berdepan keadaan ribut pasir yang teruk sehingga menyebabkan kualiti udara di Beijing dan bandar-bandar lain menurun. 

Jurucakap Pentadbiran Meteorologi China mengatakan ribut pasir yang melanda barat laut dan utara China menjadi lebih buruk akibat cuaca kering serta taufan kuat dari Mongolia.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button