Berita Utama

Kalimah Allah: Polis kenal pasti individu sebar kenyataan berbaur hasutan

Pemilik akaun FB Mujahidah Malaysia keluar beberapa kenyataan pertikai keputusan Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR, 2 Syaaban 1442H, Selasa – Polis telah mengenal pasti pemilik akaun sebuah laman sosial yang dilihat cenderung menghasut orang ramai menentang penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama Kristian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Huzir Mohamed berkata siasatan telah dijalankan pihaknya Sabtu lepas terhadap pemilik akaun Facebook Mujahidah Malaysia yang mengeluarkan beberapa kenyataan mempertikaian keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung penggunaan kalimah Allah.

Menurutnya, kenyataan yang dibuat menerusi video berdurasi 12 minit 34 saat itu bersifat menghasut dasar agama dan perkauman.

“Suspek bagi kes ini telah dikenal pasti dan akan hadir ke Bukit Aman untuk memberi keterangan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Tambahnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana kecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button