Berita UtamaDunia

4 lagi negara dijangka normalisasi hubungan Israel

Jared Kushner dakwa negara terbabit Arab Saudi, Qatar, Oman, Mauritania

NEW YORK, 3 Syaaban 1442H, Rabu – Arab Saudi, Qatar, Oman dan Mauritania selangkah untuk menormalisasikan hubungan dengan negara haram Israel.

Menulis artikel di Wall Street Journal menantu bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump iaitu Jared Kushner menjangkakan, perkara itu menerusi konflik Arab-Israel.

Pada masa sama, beliau menyifatkan bahawa, penjanjian normalisasi negara Arab dengan Israel yang dikenali sebagai Perjanjian Abraham tidak lebih daripada perselisihan tanah di antara Israel dan Palestin.

“Ada juga beberapa negara di ambang gabungan dengan Perjanjian Abraham termasuk Oman, Qatar dan Mauritania.

“Hubungan ini harus dijalani secara agresif – di mana setiap kesepakatan adalah tamparan bagi mereka yang lebih suka kekacauan.

“Rakyat Saudi mulai melihat bahawa Israel bukan musuh mereka. Hubungan dengan Israel adalah demi kepentingan nasional Saudi dan dapat dicapai jika pemerintahan Biden (Joe Biden) memimpin.” katanya.

Pada masa sama, Kushner meminta Presiden AS, Joe Biden untuk tidak mensia-siakan usaha dilakukan oleh Trump bagi mencapai Perjanjian Abraham.

“Dunia Arab tidak lagi memboikot negara Yahudi, tetapi bertaruh bahawa ia akan berkembang maju,” katanya.

Pada 13 Ogos lalu, Trump mengumumkan perjanjian damai antara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Israel yang dikuasai oleh Washington.

Langkah sama turut dilakukan oleh Mesir, Jordan dan Bahrain. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button