Berita UtamaDunia

58 terbunuh diserang kumpulan bersenjata di Nigeria

Suspek pintas 4 buah kenderaan bawa penumpang pulang dari pasar

NIGERIA, 3 Syaaban 1442H, Rabu – Sekumpulan lelaki bersenjata membunuh sekurang-kurangnya 58 orang awam, ketika memintas konvoi yang beredar pulang dari sebuah pasar mingguan.

Anggota kumpulan berkenaan yang menunggang motorsikal turut menyerang sebuah kampung berhampiran, kata kerajaan.

Dalam satu kenyataaan semalam, kerajaan berkata, penyerang kali ini memintas empat kenderaan yang membawa penumpang dari pasar mingguan ke kampung Chinagoder dan Darey Dey.

“Mereka ini dengan berani dan kejam melakukannya terhadap penumpang yang disasarkan.

“Di kampung Darey Dey, mereka membunuh orang dan membakar jelapang,” katanya.

Keganasan itu adalah sebahagian daripada krisis keselamatan yang lebih luas di wilayah Sahel Afrika Barat.

Sebilangan besar serangan militan tertumpu di mana sempadan Nigeria – Mali dan Burkina Faso bertemu – zon yang menjadi sasaran pasukan petugas antimilitan Perancis dengan kekuatan 5,000 orang.

Nigeria dan negara-negara jirannya juga mengalami pembunuhan antara komuniti etnik yang bersaing, disebabkan oleh keganasan militan dan persaingan untuk mendapatkan sumber yang kurang. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button