Berita UtamaDunia

Aktivis Lubnan bekerjasama dengan Israel dibenar ikat jamin

Dijatuhi hukuman penjara 3 tahun cuba masuk Palestin dengan bantuan Zionis

BEIRUT, 3 Syaaban 1442H, Rabu – Seorang aktivis media sosial Lubnan yang dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana bekerjasama dengan negara haram Israel, dibenar diikat jamin pada Selasa.

Aktivis berkenaan, Kinda Al-Khatib berusia 20-an ditangkap pada Jun dan dipenjara pada Disember tahun lalu, dipercayai bekerjasama dengan Israel bagi memasuki wilayah Palestin.

Perkara berkenaan disahkan oleh peguamnya, Jocelyne Al-Rai kepada Arab News.

Jocelyne berkata, Kinda mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu selain berharap supaya mahkamah membatalkan dakwaan dan membebaskan anak guamnya daripada semua tuduhan.

“Tarikh sebutan semula kes adalah pada 8 April ini di mahkamah tentera.

“Kami mempunyai dokumen yang membuktikan anak guam saya tidak bersalah,” kata Jocelyne.

Jocelyne berkata, pihaknya akan berusaha membebaskan anak guamnya di hadapan Ketua Hakim, Tani Lattouff melalui hujah-hujah pembelaannya.

Sementara itu, menurut sumber, mahkamah rayuan tentera pada Selasa memutuskan untuk untuk membebaskan Kinda dengan ikat jamin sebanyak 3 juta pound Lubnan bersamaan AS$1,990.

Secara amnya, Lubnan masih berperang dengan Israel dan melarang warganya pergi ke negara penjajah itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button