Berita Utama

Buka pekung anggota kepada umum bukti PDRM tak bersekongkol

PDRM tak pernah lindungi anggota berdepan dengan kesalahan

KUALA LUMPUR, 3 Syaaban 1442H, Rabu – Tindakan membuka ‘pekung’ masalah salah laku dan integriti dalam kalangan segelintir pegawai dan anggota polis, jelas menunjukkan polis tidak memilih ‘bulu’ dalam mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, walaupun langkah itu banyak mendapat kritikan seolah-olah pasukan itu membuka pekungnya sendiri, ia juga membuktikan polis tidak pernah melindungi anggota dan pegawainya yang melakukan kesalahan.

“Saya sendiri sanggup berkongsi cerita yang tidak baik itu sebagai pengajaran kepada anak buah di bawah, selain memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa polis tidak bersekongkol melindungi kegiatan jijik ini.

“Saya juga tidak berasa malu, biarlah orang kutuk saya sudah berapa tahun jadi jadi Ketua Polis Negara tapi tak dapat selesaikan perkara ini, namun saya terima dan kekal fokus dalam menjalankan tugas,” katanya dalam wawancara bersama Ketua Polis Negara bersiaran langsung di Facebook rasmi Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata pasukan Polis Diraja Malaysia adalah milik negara dan orang ramai mempunyai hak mendapatkan perkhidmatan terbaik.

Abdul Hamid berkata pendedahan berhubung orang di bawahnya dilapor mempunyai pelbagai kenderaan dan gaya gaya hidup mewah, walau tidak setara dengan jawatan serta gaji bulanan mereka dijadikan penanda aras baharu pengurusan PDRM dalam membasmi masalah itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button