Berita Utama

RON97 naik 7 sen

Harga RON95, diesel masing-masing kekal RM2.05, RM2.15 seliter

BANGI, 3 Syaaban 1442H, Rabu – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 7 sen iaitu kepada RM2.47 seliter, menurut Kementerian Kewangan.

Sementara, bagi RON95 dan diesel masing-masing masih kekal pada paras RM2.05 serta RM2.15 seliter.

Harga runcit produk petroleum bagi tempoh 18 Mac sehingga 24 Mac itu dibuat berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan mengguna formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguh pun harga pasaran bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button