Berita Utama

Bazar Ramadan dibenar operasi, mengapa Parlimen tak boleh bersidang?

Korum sidang Dewan Rakyat hanya 26 MP, eloklah dibuka: Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 4 Syaaban 1442H, Khamis – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menggesa sidang Parlimen diadakan setelah kerajaan memberi ‘lampu hijau’ kepada bazar Ramadan untuk beroperasi pada bulan puasa.

“Suara rakyat agar Parlimen dibuka semakin kuat didengar. Kini terletak di tangan Kabinet untuk memberi nasihat yang tepat kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

“Jika Bazar Ramadan akan dibuka, sekolah sudah, ekonomi juga, tentulah tidak salah bertanya kenapa Parlimen belum,” ciapnya di laman Twitter, hari ini.

Pada 16 Mac, kerajaan membenarkan bazar Ramadan dan Aidilfitri beroperasi pada bulan puasa tahun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan, kerajaan juga bersetuju untuk membenarkan solat tarawih berjemaah di masjid dan surau di seluruh negara.

“Setelah berbincang dengan Kementerian Kesehatan (KKM), kami memutuskan untuk membenarkan ketiga kegiatan ini dilaksanakan dengan ketat sesuai dengan prosedur operasi standard (SOP),” kata Ismail Sabri.

Bagaimanapun, Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Pontian itu berkata, beliau sudah melakukan gesaan yang sama sejak Januari tahun ini.

“Saya Ahli Parlimen yang sejak Januari 2021 meminta agar Parlimen dibuka. Saya antara Ahli Parlimen yang paling kerap berbahas, bertanya dan beri cadangan-cadangan kepada kerajaan.

“Ada 100 Ahli Parlimen umur lebih 60 tahun. Namun ada 120 Ahli Parlimen umur kurang 60 tahun. Korum sidang untuk Dewan Rakyat hanya 26 Ahli Parlimen. Eloklah ianya dibuka,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button