Berita Utama

Dr Bee Phang wanita Cina pertama dilantik Komisioner Polis

Gelaran peringkat ketiga tertinggi selepas KPN, Timbalan

BANGI, 4 Syaaban 1442H, Khamis – Datuk Dr Lee Bee Phang dilantik sebagai Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman dengan memangku pangkat Komisioner Polis (CP).

CP adalah gelaran peringkat ketiga tertinggi yang boleh dianugerahkan kepada pegawai polis selepas Ketua Polis Negara (IGP) dan Timbalan Ketua Polis Negara (DIG).

Sebelum dilantik ke jawatan itu, Bee Phang memegang jawatan Timbalan Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Penyelidikan dan Pembangunan) Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara, Bukit Aman.

Pelantikan pada 12 Mac itu menjadikan beliau polis wanita Malaysia-Cina pertama yang memegang pangkat CP, lapor Oriental Daily.

Menurut New Straits Times, Bee Phang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pesuruhjaya pada 28 Mei 2015.

Pada masa itu, beliau adalah Ketua Eksekutif Institut Keselamatan Awam (IPSOM).

Bee Phang telah memegang jawatan polis lebih dari 34 tahun. Beliau menyertai pasukan itu sebagai pelatih pada tahun 1987.

Menurut Gaung Ming Daily, Bee Phang adalah pegawai polis yang berpendidikan tinggi dan berbakat.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button