Berita UtamaDunia

Presiden Lubnan minta Hariri bentuk kerajaan segera

PM sebelum ini letak jawatan susulan letupan besar di pelabuhan Beirut

BEIRUT, 4 Syaaban 1442H, Khamis – Presiden Lubnan, Michel Aoun meminta calon Perdana Menteri, Saad Hariri mengunjungi istana presiden untuk segera membentuk Kabinet baharu atau memberi jalan kepada orang lain yang mampu.

“Sekiranya Hariri mendapati dirinya tidak dapat membentuk kerajaan… beliau harus memberi jalan kepada mereka yang ada.

“Gesaan saya tekad dan jujur kepada calon perdana menteri untuk segera memilih salah satu dari dua pilihan, kerana berdiam diri bukanlah pilihan selepas hari ini,” katanya dalam satu ucapan di televisyen semalam.

Aoun dan Hariri telah berselisih dalam pembentukan kerajaan selama hampir lima bulan, menjadikan Lubnan tanpa henti tenggelam dalam krisis kewangan.

Sebelum ini, kerajaan Perdana Menteri, Hassan Diab mengundur diri susulan letupan besar di pelabuhan Beirut pada Ogos tahun lalu yang mengorbankan 200 orang, mencederakan ribuan lagi dan memusnahkan bangunan di kawasan perumahan sekitarnya.

Kabinet Diab bagaimanapun kekal dalam jawatan sementara sehingga pengganti dibentuk tetapi ahli politik yang patah semangat tidak dapat bersetuju terhadap kerajaan sejak penamaan Hariri pada Oktober. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button