Berita UtamaDunia

Syria terima vaksin pertama beberapa minggu lagi

Program inokulasi kebangsaan dijangka bermula awal bulan depan

AMMAN, 4 Syaaban 1442H, Khamis – Syria akan menerima penghantaran vaksin COVID-19 pertamanya dalam beberapa minggu dari platform perkongsian vaksin global COVAX, sekali gus membolehkan negara itu melancarkan program inokulasi kebangsaan seawal bulan depan.

Ketua Misi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Syria berkata, penghantaran pertama adalah dari pengiriman satu juta dos vaksin AstraZeneca Institut Serum India (AZSII).

Dalam wawancara telefon dengan Reuters dari Damsyik, beliau berkata, dorongan COVAX untuk memastikan akses yang adil terhadap vaksinasi COVID-19 di seluruh dunia melegakan negara dilanda perang yang mana sistem kesihatan dan sumber kewangannya mengalami ketegangan teruk.

Pelancaran vaksin pertama dapat dimulakan pada awal April atau Mei menyasarkan untuk menyuntik hampir 20 peratus penduduk Syria pada akhir tahun atau hampir lima juta orang di kedua-dua wilayah yang dipegang kerajaan serta di timur laut dan barat laut.

Program kebangsaan kerajaan Damsyik di seluruh wilayah yang dikendalikan oleh negeri – di mana sebahagian besar penduduk di negara ini tinggal – hampir 20 juta – akan mengerahkan puluhan pasukan di 76 hospital dengan lebih 300 unit bergerak bagi mengakses kawasan yang sukar dijangkau.

Magtymova berkata, 336,000 dos juga akan dihantar ke barat laut Syria yang dikendalikan oleh pertubuhan bukan kerajaan melalui rakan rentas sempadan dari seberang Gaziantep Turki.

Sementara 90,000 lagi vaksin akan dihantar ke timur laut Syria – yang dikendalikan militan Kurdish. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button