Dunia

35,000 kes sehari, Perancis kuat kuasa perintah berkurung selama sebulan

Presiden Macron tiada pilihan kerana penggunaan vaksin AstraZeneca ditangguh sementara

PARIS, 5 Syaaban 1442H, Jumaat – Perancis mengenakan perintah berkurung selama sebulan di Paris dan beberapa bahagian utara berikutan pertikaian terhadap vaksin dan penyebaran varian coronavirus yang cepat merebak.

Sejak akhir Januari, Presiden Emmanuel Macron menentang gesaan saintis untuk melaksana perintah berkurung, kerana mahu memastikan ekonomi zon euro kedua terbesar itu dibuka seluas mungkin. 

Bagaimanapun, Macron sudah tiada pilihan apabila Perancis dan negara-negara Eropah lain menangguhkan sementara penggunaan vaksin AstraZeneca. 

Perdana Menteri, Jean Castex berkata, Perancis kini berdepan gelombang ketiga, dengan varian virulen yang pertama kali dikesan di Britain kini menyumbang sekitar 75 peratus kes. 

Wad rawatan intensif juga mengalami kepadatan terutamanya di Paris, di mana kadar kejadian melebihi 400 jangkitan pada setiap 100,000 penduduk. 

“Wabak ini semakin teruk. Tanggungjawab kita adalah tidak membiarkan ia semakin sukar dikawal.

“Sekarang adalah masa untuk mengetatkan sekatan. Empat minggu adalah tempoh yang diperlukan untuk memperoleh kesan yang menyeluruh,” katanya pada sidang akhbar. 

Perancis melaporkan 35,000 kes baharu pada Khamis dan ramai pesakit COVID-19 yang dirawat di ICU di Paris – ketika puncak gelombang kedua. –  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button