Berita UtamaDunia

Bertempur dengan Israel, seorang warga Palestin ditembak di kepala

Mangsa terlibat dalam protes mingguan menentang penempatan haram

TEBING BARAT, 5 Syaaban 1442H, Jumaat – Tentera negara pengganas Israel menembak mati seorang warga Palestin dalam pertempuran di Tebing Barat yang diduduki, kata seorang saksi Reuters.

Mangsa ditembak di kepala dan dibawa ke sebuah hospital berhampiran bandar Tebing Barat, Nablus di mana dia menghembuskan nafas terakhir, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Lelaki Palestin yang dibunuh itu terlibat dalam protes mingguan menentang penempatan haram Israel di kampung Beit Dajan, berhampiran Nablus.

“Sekumpulan penduduk Palestin melemparkan batu ke arah dua tentera Israel yang ditempatkan di sana, dan tentera kemudian melepaskan tembakan,” kata saksi Reuters.

Ketika diminta mengulas isu berkenaan, tentera Israel berkata, kejadian itu dalam pemeriksaan.

Rakyat Palestin ingin mendirikan sebuah negara di Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur dan Semenanjung Gaza, wilayah yang ditawan Israel dalam perang Timur Tengah 1967.

Warga negara itu – yang mempunyai kerajaan sendiri yang terhad di Tebing Barat – berkata, bahawa penempatan Israel di sana akan menafikan mereka sebuah negara yang berdaya maju.

Kebanyakan negara memandang penempatan Israel sebagai haram di bawah undang-undang antarabangsa. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button