Berita UtamaDunia

Kazakhstan kesan mutasi varian COVID-19 di Almaty

Sekatan di bandar terbesar diperketat, pusat beli belah diarah tutup

ALMATY, 5 Syaaban 1442H, Jumaat – Kazakhstan mengesan jangkitan COVID-19 di bandar terbesarnya, Almaty, menunjukkan kemungkinan adanya mutasi.

Kementerian Kesihatan negara Asia Tengah itu berkata, ujian penjujukan genom penuh diperlukan untuk melihat sama ada jangkitan disebabkan oleh varian Britain, Afrika Selatan atau Brazil.

Bagaimanapun kementerian tidak memaklumkan jangkitan yang dikesan.

Kazakhstan – negara sempadan Rusia dan China – telah mengetatkan sekatan di Almaty bulan ini, mengarahkan pusat membeli-belah ditutup dan mengehadkan waktu kerja pengangkutan awam pada hujung minggu susulan peningkatan kes COVID-19.

Bekas republik Kesatuan Soviet itu telah mengesahkan sekitar 280,000 kes COVID-19 dan radang paru-paru mungkin disebabkan olehnya, dengan 3,550 kematian.

Ia telah memberi vaksinasi sekitar 100,000 orang setakat ini dan merancang untuk memvaksinasi sejuta orang bulan depan, menggunakan vaksin Sputnik-V Rusia. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button