Berita Utama

Polis buka kertas siasatan kekecohan Konvensyen DAP Perak

Penganjur telah dipanggil bagi bantu siasatan

IPOH, 5 Syaaban 1442H, Jumaat – Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kekecohan membabitkan perwakilan Konvensyen DAP Perak di Pusat Konvensyen Ipoh pada Ahad lepas.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatharash Wahid berkata, kes itu disiasat menurut Seksyen 22A Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

Polis telah memanggil penganjur bagi membantu siasatan serta menganalisis video dan foto yang diperoleh bagi mengenal pasti individu serta kesalahan berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, khususnya ketika insiden itu, katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

“Polis menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan kenyataan yang tidak bertanggungjawab kerana dikhuatiri akan mengganggu proses siasatan pihak polis,” katanya.

Pada konvensyen 14 Mac itu, berlaku sedikit kekecohan susulan dakwaan kewujudan pengundi hantu memilih ahli Jawatankuasa Negeri Perak selain tempoh pengundian yang secara tiba-tiba dilanjutkan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button