Berita Utama

17,487 hilang kerja dari Januari hingga Mac

Kuala Lumpur rekod bilangan tertinggi individu hilang pekerjaan

BANGI, 6 Syaaban 1442H, Sabtu –  Seramai 17,487 individu dilaporkan hilang pekerjaan sejak awal Januari hingga 12 Mac tahun ini.

Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kuala Lumpur, Mustafa Draman berkata, majoritinya golongan lelaki iaitu meliputi 57.31 peratus atau 10,021 individu. 

Manakala, golongan wanita pula adalah seramai 42.69 peratus atau 7,466 orang.

“Kuala Lumpur mencatatkan bilangan tertinggi individu hilang pekerjaan iaitu 5,024 diikuti Petaling Jaya dengan 1,981 dan 1,212 di Shah Alam, Selangor.

“Sementara, seramai 590 individu direkodkan hilang pekerjaan di Johor Bahru, Johor, 491 di Kota Kinabalu, Sabah dan 470 di Subang Jaya, Selangor,” katanya.

Tahun lalu, katanya, seramai 107,024 individu direkodkan hilang pekerjaan terdiri daripada 61,157 lelaki dan 45,867 wanita.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button