Berita Utama

‘Guna bahasa Melayu pun tak konsisten, kenapa tuntut nak guna kalimah Allah’

Umat Islam perlu sepakat jaga akidah, halang cubaan kristianisasi

BANGI, 6 Syaaban 1442H, Sabtu – Isu penggunaan kalimah Allah yang dituntut penganut Kristian dibimbangi menjadi strategi terancang dakyah kristianisasi untuk memurtadkan umat Islam.

Atas dasar itu, mantan Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Shuhaib Ar-Rumy Selamat meminta semua pihak bersepakat dalam hal ini demi menjaga akidah dan menghalang sebarang cubaan untuk menyebarkan agama lain kepada umat Islam. 

“Kelompok pendakyah Kristian begitu gembira dengan keputusan mahkamah sebelum ini. Walhal, realitinya mereka tidak pun konsisten dalam penggunaan bahasa Melayu. 

“Mereka tidak membaca dan menulis dalam bahasa Melayu. Kenapa secara khusus mereka bersungguh-sunggah untuk menggunakan kalimah Allah dalam kitab agama mereka?,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Justeru, Ustaz Shuhaib mahu langkah strategik diambil melalui peruntukan yang dibenarkan oleh undang-undang bagi menghalang kristianisasi.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain, dalam penerbitan agama itu, untuk pendidikan dalam komuniti mereka.

Selain kalimah Allah, penggunaan perkataan iaitu solat, Kaabah dan Baitullah juga dibenarkan kepada orang Kristian.

Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia telah memfailkan rayuan terhadap keputusan itu kepada Mahkamah Rayuan pada 15 Mac lalu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button