Berita UtamaPendapat

Isu kalimah Allah 2.0: ISMA Temerloh sokong pandangan Mufti Pahang

Isu itu ada implikasi besar dalam sistem perundangan, institusi Islam, sosial masyarakat Malaysia

ISMA Temerloh sepakat dan memberikan sokongan penuh terhadap pandangan Mufti Pahang berkaitan keputusan kes larangan penggunaan kalimah Allah ke atas orang bukan Islam, yang perlu disemak semula.

Pandangan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman itu juga selari dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali ke-2/2008, pada 11 hingga 12 Jun 2008 di mana mesyuarat telah menetapkan bahawa:

1. Penggunaan, penyataan, penyebaran, percakapan, apa-apa bentuk penerbitan sama ada media elektronik atau media cetak menggunakan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, yang boleh mengeliru atau memesongkan akidah kepada umat Islam – sebagaimana termaktub dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam No. 5 tahun 1985 dan lain-lain istilah agama Islam yang dipakai oleh orang Islam, untuk kegunaan agama Islam adalah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam.

2. Kesalahan menggunakan kalimah Allah dan istilah agama Islam telah termaktub dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam No. 5 tahun 1989.

Berdasarkan rekod, pada 19 Mac 2009,  keputusan fatwa negeri Pulau Pinang telah membincangkan mengenai isu tuntutan penganut Kristian terhadap penggunaan kalimah Allah dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2009:

𝘔𝘦𝘴𝘺𝘶𝘢𝘳𝘢𝘵 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘦𝘵𝘶𝘫𝘶 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘶𝘵𝘶𝘴𝘢𝘯 𝘔𝘶𝘻𝘢𝘬𝘢𝘳𝘢𝘩 𝘑𝘢𝘸𝘢𝘵𝘢𝘯𝘬𝘶𝘢𝘴𝘢 𝘍𝘢𝘵𝘸𝘢 𝘔𝘒𝘐 𝘒𝘢𝘭𝘪 𝘒𝘦-82 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘪𝘥𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘢𝘥𝘢 5-7 𝘔𝘦𝘪 2008 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘮𝘶𝘵𝘶𝘴𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘩𝘢𝘸𝘢 𝘭𝘢𝘧𝘢𝘻 𝘬𝘢𝘭𝘪𝘮𝘢𝘩 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘳𝘶𝘱𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘭𝘪𝘮𝘢𝘩 𝘴𝘶𝘤𝘪 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘩𝘶𝘴𝘶𝘴 𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘢𝘨𝘢𝘮𝘢 𝘥𝘢𝘯 𝘶𝘮𝘢𝘵𝘐𝘴𝘭𝘢𝘮 𝘥𝘢𝘯 𝘪𝘢 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘥𝘪𝘨𝘶𝘯𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘥𝘪𝘴𝘢𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘢𝘨𝘢𝘮𝘢𝘢𝘨𝘢𝘮𝘢 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘐𝘴𝘭𝘢𝘮 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘢𝘪𝘯.

𝘖𝘭𝘦𝘩 𝘪𝘵𝘶 𝘸𝘢𝘫𝘪𝘣 𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘶𝘮𝘢𝘵 𝘐𝘴𝘭𝘢𝘮 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘨𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘤𝘢𝘳𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘳𝘣𝘢𝘪𝘬 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘬𝘪𝘳𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘶𝘯𝘴𝘶𝘳𝘶𝘯𝘴𝘶𝘳 𝘱𝘦𝘯𝘨𝘩𝘪𝘯𝘢𝘢𝘯𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘱𝘦𝘯𝘺𝘢𝘭𝘢𝘩𝘨𝘶𝘯𝘢𝘢𝘯 𝘵𝘦𝘳𝘩𝘢𝘥𝘢𝘱 𝘬𝘢𝘭𝘪𝘮𝘢𝘩 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘦𝘣𝘶𝘵, 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘪𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶 𝘥𝘪𝘴𝘦𝘬𝘢𝘵 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘪𝘬𝘶𝘵 𝘱𝘦𝘳𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘥𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯𝘥𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘵𝘦𝘳𝘮𝘢𝘬𝘵𝘶𝘣 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘗𝘦𝘳𝘭𝘦𝘮𝘣𝘢𝘨𝘢𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘳𝘴𝘦𝘬𝘶𝘵𝘶𝘢𝘯,”

Isu kalimah Allah 2.0 ini perlu diperhalusi dan diurus dengan baik.

Ia mempunyai implikasi besar dalam sistem perundangan, insititusi agama Islam dan juga keadaan sosial masyarakat Malaysia, seperti mana yang diketahui umum agama Islam mempunyai kedudukan istimewa dan tertinggi berdasarkan Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sebarang percanggahan antara keputusan fatwa kebangsaan dan peringkat negeri dengan apa yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi adalah tidak wajar.

Perkara ini akan menimbulkan tanda tanya di kalangan masyarakat mengenai apakah peranan dan kredibiliti insititusi agama dalam memandu isu berkaitan umat Islam, sekaligus mencetuskan pertikaian berkenaan kedudukan Islam dalam perlembagaan.

𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗭𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗔𝗹𝗶𝗮𝘀

𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝘂𝗮 𝗜𝗦𝗠𝗔 𝗧𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗼𝗵

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button