Berita Utama

Pakej umrah: Bakal jemaah terkesan diminta bincang semula dengan agensi pelancongan

Bakal jemaah juga disaran benar agensi jadualkan semula tarikh berlepas

SHAH ALAM, 6 Syaaban 1442H, Sabtu – Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH) memohon supaya bakal jemaah terkesan yang telah menempah pakej bagai menunaikan ibadah itu agar berbincang semula dengan agensi pelancongan masing-masing.

Presiden PAPUH Malaysia Datuk Seri Razali Mohd Sham menyarankan supaya bakal jemaah terbabit membenarkan agensi pelancongan menjadualkan semula tarikh berlepas setelah pintu sempadan negara dibuka.

“PAPUH berharap ini akan dapat membantu ahli kami dalam situasi menang-menang. Sekiranya pintu sempadan dibuka dalam masa terdekat, ini sudah tentu dapat menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi oleh agensi pelancongan masa kini,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebelum Malaysia dilanda pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada Mac tahun lepas, ahli PAPUH tidak mempunyai sebarang masalah untuk memasarkan pakej umrah mereka.

“Sebagai agensi pelancongan, sudah tentu setiap pakej yang dibeli akan dikenakan bayaran pendahuluan. Bayaran pendahuluan yang diterima dari jemaah ini, pada lazimnya digunakan untuk pembayaran tempahan tiket penerbangan dan tempat penginapan di Makkah dan Madinah,” katanya. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button