Berita UtamaDunia

Pakistan mahu tamatkan permusuhan dengan India

India diminta wujudkan persekitaran kondusif di Kashmir

ISLAMABAD, 6 Syaaban 1442H, Sabtu – Panglima tentera Pakistan meminta permusuhan ketat antara India dan negaranya ditamatkan, bagi membolehkan mereka mewujudkan kerjasama. 

Seruan itu dibuat susulan New Delhi mengikuti langkah gencatan senjata bulan lalu yang dilaksanakan antara tentera kedua-dua negara.

“Sudah sampai masanya kita hentikan masa lalu dan bergerak ke hadapan.

“Tetapi …jiran kita (India) harus mewujudkan persekitaran yang kondusif, terutama di Kashmir yang diduduki India,” kata Jeneral Qamar Javed Bajwa ketika berucap dalam satu seminar di ibu kota, Islamabad.

Beliau berkata demikian merujuk kepada wilayah-wilayah Himalaya yang ditadbir India.

Bajwa berkata, perselisihan yang tidak dapat diselesaikan antara kedua-dua pesaing nuklear Asia Selatan akhirnya ‘mengheret wilayah ini kembali ke kancah kemiskinan’.  

Bagaimanapun, tidak ada komen segera dari India.

Tentera Pakistan yang kuat telah memerintah negara itu selama hampir separuh dari 73 tahun – di mana tentera telah mengawal dasar luar dan keselamatan.

Wilayah Kashmir yang dipertikai terbahagi antara Pakistan dan India tetapi dituntut oleh kedua-duanya secara keseluruhan.

Kedua-dua negara telah melalui dua daripada tiga perang ke atas Kashmir sejak memperoleh kemerdekaan dari Britain pada tahun 1947.

Hubungan merosot pada 2019 selepas New Delhi menghapuskan hak keistimewaan Kashmir yang sudah lama dimilikinya mengikut perlembagaan India. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button