Berita Utama

Timbalan Pengarah JPJ Perlis direman kes rasuah

Suspek adalah individu kelima didakwa terima suapan RM88,000 daripada pengusaha lori melalui proksi

KANGAR, 6 Syaaban 1442H, Sabtu – Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis direman selama dua hari  bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah dan melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Kamaliza Md Zain di Mahkamah Kangar hari ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis.

Menurut sumber timbalan pengarah dengan gred KP44 berusia 41 tahun itu ditahan selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Perlis pada jam 4.40 petang, semalam.

Suspek merupakan individu kelima  didakwa terbabit menerima rasuah berjumlah RM88,000 daripada pengusaha lori melalui proksi atau orang tengah pada tahun 2018 dan 2019 di Perlis.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button