Berita Utama

JKM nafi beri bantuan warga emas RM500

Orang ramai dinasihat tak mudah percaya maklumat palsu

BANGI, 11 Ramadan 1443H, Rabu – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan pemberian Bantuan Warga Emas secara ‘one-off’ sehingga RM500 menerusi poster yang tular di media sosial, baru-baru ini.

JKM memaklumkan poster berkenaan adalah palsu dan menyarankan orang ramai terlebih dahulu merujuk laman sesawang JKM di www.jkm.gov.my untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah mempercayai maklumat palsu sebaliknya menjadi warga digital yang bijak.

“Orang ramai perlu bertanggungjawab dengan membuat semakan terlebih dahulu dan merujuk sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular sebuah poster di media sosial yang memaparkan bantuan khas untuk warga emas bernilai RM500 daripada JKM.

Dalam masa sama, JKM menasihatkan orang ramai supaya meneliti kesahihan sesuatu maklumat sebelum menyebarkannya kepada orang lain.

Katanya, tindakan menyebarkan berita palsu adalah salah disisi undang-undang dan individu yang bertanggungjawab boleh dikenakan denda serta penjara jika didapati bersalah.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button