Dunia

6 orang awam terbunuh, 15 cedera dibedil meriam di Idlib

Serangan rejim Bashar, pengganas sasar hospital di bandad Al Atarib

DAMSYIK, 7 Syaaban 1442H, Ahad – Sekurang-kurangnya enam orang awam termasuk seorang wanita dan kanak-kanak terbunuh dalam serangan yang dilancarkan pasukan rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad dan kumpulan pengganas yang disokong Iran di Idlib.

Menurut sumber Pertahanan Awam Syria (Helmet Putih), serangan itu turut menyebabkan 15 yang lain cedera.

Jurucakapnya, Ibrahim Abu Layis berkata, serangan meriam itu menyasarkan sebuah hospital di bandar Al Atarib, yang termasuk di dalam zon de-eskalasi.

“Akibat serangan itu, enam orang awam termasuk seorang wanita dan kanak-kanak terkorban. 15 orang cedera dan empat daripadanya kritikal,” katanya kepada Agensi Anadolu, hari ini. 

Zon de-eskalasi Idlib diwujudkan berdasarkan perjanjian antara Turki dan Russia. 

Kawasan itu menjadi sasaran kepada banyak persefahaman gencatan senjata yang sering dilanggar oleh rejim Bashar serta sekutunya. 

Syria dilanda perang saudara sejak awal 2011, ketika rejim Bashar bertindak keras terhadap protes prodemokrasi di negara itu sehingga menyebabkan lebih lima juta rakyatnya dipindahkan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button