Dunia

AstraZeneca nafi kandungan vaksin berasas babi

Majlis Ulama Indonesia benar guna AstraZeneca kerana darurat wabak

JAKARTA, 7 Syaaban 1442H, Ahad – AstraZeneca menegaskan bahawa vaksinnya tidak mengandungi bahan yang berasaskan babi seperti didakwa Majlis Ulama Indonesia, baru-baru ini.

Jumaat lalu, Majlis Ulama Indonesia dalam laman webnya menyatakan bahawa vaksin COVID-19 di bawah AstraZeneca adalah haram kerana proses pembuatannya menggunakan pankreas babi. 

Bagaimanapun, majlis itu membenarkan penggunaan AstraZeneca memandangkan keadaan darurat akibat wabak. 

Jurucakap AstraZeneca Indonesia, Rizman Abudaeri berkata, semua proses penghasilan vaksin berkenaan tidak menggunakan atau mempunyai kaitan dengan bahan yang berasal daripada babi mahupun produk haiwan lain. 

Setakat ini, agensi makanan dan ubat negara tidak memberi sebarang komen berhubung isu itu. 

Pihak berkuasa Indonesia pada Jumaat meluluskan penggunaan vaksin AstraZeneca setelah meninjau laporan bahawa ia menyebabkan pembekuan darah di beberapa negara Eropah. 

Indonesia antara negara di Asia yang mempunyai kes tertinggi COVID-19 iaitu 1,455,788 kes dan 39,447 kematian setakat semalam. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button