Berita UtamaDunia

PM Pakistan disahkan positif COVID-19

Imran Khan kini menjalani kuarantin kendiri di rumah beliau

ISLAMABAD, 7 Syaaban 1442H, Ahad – Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan disahkan positif COVID-19.

Pejabat Perdana Menteri di laman Twitter memberitahu, Imran kini dikuarantin secara kendiri di rumah beliau.

Berita itu muncul beberapa hari selepas Perdana Menteri tersebut menerima dos pertama vaksin Sinofarm China pada Khamis lalu.

Pakistan telah menyaksikan lonjakan jangkitan coronavirus sejak beberapa hari kebelakangan ini, dengan 42 lagi kematian dan 3,876 kes baharu.

Jumlah kes harian tertinggi sejak Julai lalu – dilaporkan pada Sabtu lalu, menurut data Kementerian Kesihatan.

Beban keseluruhan negara kini berjumlah 623,135, termasuk 13,799 kematian dan 579,670 pemulihan.

Sejak Disember 2019, wabak ini telah meragut lebih daripada 2.7 juta nyawa di 192 negara dan wilayah.

Lebih daripada 122.37 juta kes telah dilaporkan di seluruh dunia, dengan pemulihan sekarang lebih 69.32 juta, menurut angka yang disusun oleh Universiti Johns Hopkins Amerika Syarikat (AS). – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button