Berita UtamaDunia

250,000 petugas perubatan di Mesir akan terima suntikan vaksin

Kes kemasukan di hospital mungkin naik mendadak pada bulan Ramadan

CAIRO, 7 Syaaban 1442H, Isnin – Kementerian Kesihatan Mesir pada akhir minggu ini dijangka memberi suntikan vaksin kepada 250,000 kakitangan perubatan dan warganegara yang memenuhi syarat bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Penolong dan jurucakap rasmi kementerian itu, Khaled Mujahid berkata, pihaknya berminat memperluas pusat vaksin di wilayah pemerintahan susulan jumlah penduduk yang tinggi telah membuat pendaftaran vaksinasi.

Sabtu lalu, kementerian telah menerima sebanyak 300,000 dos vaksin Sinopharm COVID-19 dari China.

Khaled berkata, penghantaran itu adalah hadiah dari China.

Kerajaan Mesir telah mulai bersiap siaga dengan gelombang ketiga COVID-19, berikutan peningkatan jumlah kes baharu setiap hari.

Perdana Menteri Mostafa Madbouly dalam pertemuan bersama Jawatankuasa Tertinggi untuk Pengurusan Krisis Coronavirus memberi amaran bahawa, jumlah kematian dan kemasukan ke hospital dijangka meningkat secara mendadak pada bulan Ramadan akan datang.

Sementara itu, Ketua Pentadbiran Pusat Hal Ehwal Perubatan Pencegahan di Kementerian Kesihatan, Mohamed Abdel Fattah berkata, terdapat antara 550 hingga 650 kes setiap hari sepanjang bulan lalu, dengan sedikit peningkatan di beberapa wilayah. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button