Berita Utama

66 peratus jangkitan COVID-19 kes sporadik

Disahkan positif tapi tiada sejarah perjalanan, tak berhubung kontak rapat

PUTRAJAYA, 8 Syaaban 1442H, Isnin – Kira-kira 66 peratus kes COVID-19 dalam dua minggu terakhir adalah kes sporadik, kata Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menteri Kesihatan mengatakan dari 8 hingga 21 Mac, terdapat 13,185 kes COVID-19 sporadik dicatat, iaitu 66.14 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Kes sporadik adalah di mana seseorang itu tidak mempunyai sejarah perjalanan dan tidak ada berhubung dengan kontak rapat COVID-19 tetapi disahkan positif.

“Selebihnya (33.8 peratus) atau 6,751 kes adalah berkaitan dengan kluster yang diumumkan Kementerian,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa daripada keseluruhan 19,936 kes yang dicatatkan dalam dua minggu terakhir, 69 peratus adalah warganegara Malaysia sementara bukan warganegara yang lain 30 peratus.

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menegaskan, pendatang tanpa dokumen tidak akan ditahan atau dihantar pulang jika mereka hadir untuk vaksinasi.

“Saya akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Dalam Negeri akhir minggu ini untuk membincangkan kaedah dan strategi yang akan kami gunakan untuk menjangkau masyarakat ini.

“Saya telah bincang hal ini dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan NGO yang bekerjasama dengan pendatang tanpa dokumen,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button