Dunia

Banjir di Australia, kini terburuk sejak 1961

Hujan lebat berterusan 3 hari sebabkan air sungai NSW melimpah

SYDNEY, 8 Syaaban 1442H, Isnin – Pihak berkuasa Australia merancang memindahkan ribuan penduduk yang terjejas banjir – dianggap antara terburuk dalam tempoh 60 tahun – di Sydney.

Hujan lebat berterusan selama tiga hari menyebabkan air sungai di New South Wales (NSW) melimpah, sehingga menyebabkan kerosakan meluas serta amaran dikeluarkan kepada penduduk supaya berpindah. 

“Banjir kali ini cenderung lebih buruk daripada banjir sejak November 1961,” kata perkhidmatan kecemasan NSW di Twitter pada Ahad. 

Pihak berkuasa menjangkakan keadaan cuaca buruk itu akan berterusan sehingga Rabu. 

Arus banjir menyebabkan kediaman, kenderaan, haiwan ternakan, jalan dan jambatan hanyut serta tenggelam. 

Hampir 2,000 orang telah dipindahkan dari kawasan rendah, kata perkhidmatan kecemasan NSW.

Difahamkan, sebahagian besar pantai timur negara itu akan dilanda hujan lebat mulai Isnin ekoran gabungan kawasan tropika rendah di utara Australia. 

Biro Meteorologi dalam satu kenyataan telah mengeluarkan amaran banjir buruk di sebahagian besar NSW dan Queensland.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button