Berita UtamaDunia

Mahkamah Mesir jatuhkan hukuman mati terhadap 21 anggota Ikhwanul Muslimin

Didakwa bunuh pegawai polis dalam dua kes yang berasingan

KAHERAH, 20 Zulhijjah 1442H, Jumaat – Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman mati terhadap 21 anggota Ikhwanul Muslimin, dalam tindakan terbaharu terhadap kumpulan pembangkang terbesar di negara itu.

21 orang tersebut didakwa membunuh pegawai polis dalam dua kes yang berasingan.

Mahkamah Jenayah Damanhour, di utara ibu kota Kaherah, mensabitkan kumpulan itu atas beberapa jenayah, termasuk tuduhan pengeboman sebuah bas yang mengangkut pegawai polis di wilayah pemerintahan Beheira pada tahun 2015.

Serangan itu mengorbankan tiga anggota polis dan mencederakan sejumlah yang lain.  

Sembilan daripada mereka dijatuhkan hukuman penjara, sementara tujuh orang bebas.

Menurut Ahmed Attar, seorang penyelidik di Rangkaian Hak Asasi Manusia Mesir yang berpusat di London, hukuman dalam kes tersebut adalah muktamad dan tidak boleh dirayu kerana mahkamah adalah bahagian keselamatan tertinggi negara.

Kes yang lain, yang juga membabitkan anggota Ikhwanul Muslimin dan dibicarakan oleh mahkamah yang sama, adalah kerana pembunuhan seorang anggota polis pada tahun 2014. 

Tiga daripada defendan yang bebas telah dibunuh dalam tembakan oleh pasukan keselamatan pada tahun 2014 di Alexandria, kata Attar.  

Manakala lima daripada lapan defendan berada di penjara dan telah dijatuhkan hukuman.

Keputusan dalam kes kedua ini boleh dirayu Mahkamah Kasasi, kata Attar. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button