Berita Utama

Dua maut struktur besi kren jatuh di Alam Damai, Cheras

2 lagi cedera manakala seorang lagi mangsa masih tersangkut

KUALA LUMPUR,  7 Syaaban 1442H, Isnin – Dua maut manakala dua cedera parah dalam kejadian struktur besi kren pembinaan lebuh raya jatuh berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 8.45 pagi.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi mendapati struktur besi kren launcher pembinaan lebuh raya jatuh dan menghempap sebuah kereta jenis Perodua Bezza.

“Seorang warga tempatan yang merupakan pemandu kereta mengalami kecederaan parah kerana kereta mangsa dihempap struktur besi kren berkenaan.

“Tiga lagi mangsa merupakan pekerja projek pembinaan tersebut dan dipercayai dua daripada mereka jatuh setinggi 120 kaki dan disahkan meninggal dunia,” demikian menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan,  seorang lagi mangsa masih tersangkut di landasan pembinaan lebuh raya dan kerja-kerja menyelamat mangsa sedang dijalankan oleh anggota bomba. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button