Dunia

Pegawai Kanan risikan Iraq maut ditembak

Militan Daesh disyaki culik empat pekerja ladang penternakan

BAGHDAD, 8 Syaaban 1442H, Isnin – Seorang lelaki bersenjata tidak dikenali menembak mati pegawai kanan Perkhidmatan Perisikan Nasional Iraq (INIS) di Baghdad pada Ahad. 

Mohammed Laith, ditembak ketika mangsa berada di rumah saudaranya di Mansour, barat Baghdad, memetik sumber Kementerian Dalam Negeri, lapor Xinhua.

Serangan itu berlaku ketika kerajaan Iraq dan beberapa parti politik berulang kali mendesak untuk  supaya mengawal pemilikan senjata api oleh beberapa kumpulan bersenjata di negara itu, yang mengancam keselamatan, kebebasan dan kepercayaan rakyat terhadap proses politik.

Sementara itu, di timur wilayah Diyala, militan Daesh disyaki menculik empat pekerja sebuah ladang penternakan ayam di daerah Abbara di timur laut, wilayah Baquba, kata pegawai polis wilayah itu Alaa al-Saadi. .

Wilayah Iraq di utara Baghdad telah menyaksikan peningkatan aktiviti Daesh sejak beberapa bulan lalu,  walaupun operasi ketenteraan sering dijalankan untuk memburu mereka.

Keadaan keselamatan bertambah baik di Iraq sejak pasukan keselamatan mengalahkan Daesh di seluruh negara pada akhir 2017.

Namun, insiden serangan yang meragut nyawa masih berlaku di negara dilanda peperangan itu ketika saki-baki Daesh melarikan diri ke kawasan bandar atau gurun, dan kerap melakukan serangan gerila terhadap pasukan keselamatan dan orang awam.  – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button