Dunia

Rakyat Itali protes tuntut buka sekolah

Draghi beri jaminan institusi pertama dibuka selepas COVID-19 reda

ROM, 8 Syaaban 1442H, Isnin – Ribuan ibu bapa dan guru di Itali mengadakan demontrasi di seluruh negara pada Ahad, bagi menuntut pembukaan semula sekolah dengan kadar segera. 

Tunjuk perasaan pertama diadakan di lebih 35 kawasan di seluruh negara termasuk Piazza del Papolo di Rom dan Piazza Duomo di Milan. 

Penunjuk perasaan di Rom memakai topi yang bertulis ‘lembab’ untuk menggambarkan kesan penutupan sistem pendidikan, sementara Milan membawa sepanduk memaparkan mesej murid yang diletakkan di atas tanah. 

Jumlah penunjuk perasaan di setiap tempat terhad ekoran sekatan mengadakan perhimpunan besar akibat wabak. 

Namun, Perdana Menteri, Mario Draghi memberi jaminan akan membuka sekolah akan menjadi institusi pertama yang dibuka semula apabila sekatan COVID-19 berkurang.

Sebilangan besar sekolah Itali untuk semua peringkat umur ditutup sejak 15 Mac, ketika Draghi meningkatkan usaha untuk mengawal wabak. 

“Kami meminta satu perkara, sekolah-sekolah diberi status perkhidmatan awam yang penting dan segera dibuka semula,” kata rangkaian ‘Open School’ yang menjadi penganjur demontrasi itu dalam satu kenyataan. 

Sejak wabak bermula di Itali 13 bulan lalu, semua sekolah ditutup dan dibuka semula secara berperingkat bergantung kepada risiko jangkitan tempatan, namun tidak mencapai tahap seperti mana dilakukan negara Eropah lain. 

Arahan penutupan terbaharu adalah jalan terakhir bagi jutaan ibu bapa yang terpaksa bekerja dari rumah atau membayar yuran penjagaan anak.

Kerajaan memaklumkan bahawa penutupan itu perlu ekoran peningkatan kadar jangkitan, terutama varian yang pertama kali ditemukan di United Kingdom (UK) – di mana penularannya tinggi di kalangan golongan muda. –  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button