Dunia

261 terbunuh sejak rampasan kuasa tentera Myanmar

Junta sengaja guna peluru hidup untuk sebar rasa takut di kalangan rakyat

YANGON, 9 Syaaban 1442H, Selasa – Sekurang-kurangnya 261 orang terbunuh di Myanmar sejak insiden rampasan kuasa tentera bulan lalu, dakwa sebuah organisasi masyarakat sivil.

Persatuan Bantuan Untuk Tahanan Politik yang berpangkalan di Thailand mendakwa, jumlah korban sebenar mungkin jauh lebih tinggi, dan sedia mengemas kini angka terbaharu dari semasa ke semasa. 

Setakat Isnin, seramai 2,682 orang telah ditangkap, didakwa atau dijatuhkan hukuman kerana terbabit dalam protes rampasan kuasa di negara itu. 

“Dalam tindakan itu, tentera Myanmar menggunakan peluru hidup, menangkap dan menculik mereka yang terlibat dalam demontrasi.

“Tindakan mereka (tentera) itu adalah untuk menyebarkan rasa takut, namun rakyat Myanmar masih tetap melakukan protes,” katanya. 

Tentera Myanmar merampas kuasa dan menggulingkan pemerintah dipilih Aung San Suu Kyi pada 1 Februari lalu. 

Sebagai tindak balas terhadap rampasan kuasa itu, rakyat di seluruh negara melancarkan kempen menentang tindakan berkenaan melalui demontrasi besar-besaran. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button