Berita Utama

Realiti politik semasa petanda awal nasib Melayu kini ‘menanti ajal’

Parti Melayu hanya gaduh rebut kuasa, gadai prinsip dengan harga murah

BANGI, 9 Syaaban 1442H, Selasa – Perkembangan parti politik Melayu, Islam hari ini menjadi petanda awal bahawa nasib serta masa depan bangsa sudah berada dalam keadaan nazak dan sedang ‘menanti ajal’.

Ini kerana, parti-parti Melayu hanya sibuk bergaduh sesama sendiri berkait isu perebutan kuasa, bahkan mudah menggadai prinsip dengan harga yang sangat murah.

Lebih malang, apabila parti-parti Melayu hari ini lebih mengutamakan kepentingan rakan politik yang membawa agenda anti-Islam dan anti-Melayu, dakwa pemerhati politik, Mohd Luttfi Abd Khalid.

“Sekiranya situasi ini tidak berubah, kepercayaan umat dan bangsa terhadap parti-parti Melayu, Islam ini akan ranap dan musnah sama sekali.

“Dominasi dan penguasaan akan berpindah tangan kepada pihak lain yang akan memijak-mijak saki-baki kedaulatan yang masih tersisa,” dakwanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, Mohd Luttfi berkata, semua seruan ke arah penyatuan atau kesepakatan mungkin sudah tiada guna lagi ketika itu.

“Umat dan bangsa sudah berkali-kali dipermainkan dan dikhianati oleh pemimpin-pemimpin dan parti-parti politik yang sama selama puluhan tahun.

“Kini adalah masa untuk memberi kepercayaan kepada anak-anak watan yang lebih jujur dan ikhlas,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button