Dunia

UK pindah pencari suaka ke kawasan bukan ‘habitat’ manusia?

Notis pemberitahuan singkat, bantuan kewangan disalur lambat?

LONDON, 9 Syaaban 1442H, Selasa – Pejabat Kementerian Dalam Negeri United Kingdom (UK) didakwa, memindahkan pencari suaka ke lokasi tidak selesa dalam jangka masa singkat, selain tidak diberikan bantuan kewangan.

Kementerian berkenaan bulan lalu mula memindahkan lebih kurang 9,500 pencari suaka dari penginapan hotel di seluruh negara ke penempatan yang didakwa tidak sesuai untuk ‘habitat’ manusia.

Selain itu, pencari suaka juga didakwa perlu menunggu beberapa minggu untuk menerima bantuan kewangan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Badan amal menyifatkan proses yang dikenali sebagai Operation Oak itu sebagai ‘simbolik’ dengan menambah, ada di antara pencari suaka terpaksa berpindah-randah buat beberapa kali.

Lebih memeranjatkan apabila syarikat swasta yang diupah untuk menguruskan hal berkenaan didapati tidak mematuhi protokol keselamatan jangkitan coronavirus.

Seorang lelaki Kurdish mendakwa, keluarganya diberitahu pada pukul 8 malam bahawa pagi esok mereka perlu berpindah ke penempatan baharu.

Kata lelaki itu, pada awalnya mereka dipindahkan ke Birmingham dari London sebelum dihantar ke Ipswich.

Timbalan Pengarah Pusat Komuniti Welcome, Leyla Williams berkata, suasana tidak menentu yang kini dialami oleh pencari suaka akan mengakibatkan mereka hidup dalam keadaan tertekan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button