Berita UtamaIstimewa

UMNO bukan lagi ancaman besar kepada DAP?

Ronnie Liu anggap PAS, Bersatu kini ancaman kepada rakyat Malaysia

BANGI, 9 Syaaban 1442H, Selasa – Desas-desus kemungkinan wujud kerjasama antara UMNO dengan parti pembangkang semakin jelas kedengaran.

Ia semakin ‘terang’ selepas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui perkara itu pada sidang medianya, minggu lalu.

Terkini, pemimpin parti tamak haloba, DAP, Ronnie Liu pula mendakwa bahawa UMNO bukan ancaman terbesar kepada Malaysia.

Ronnie dalam kenyataan di Facebooknya bertarikh 19 Mac lalu mendakwa, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah ancaman kepada rakyat Malaysia, bukan UMNO, DAP atau Pakatan Harapan (PH).

Kenyataan Ronnie itu sekali gus menimbulkan persoalan kepada pemerhati politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff, apabila UMNO tidak lagi menjadi parti yang ditakuti oleh DAP.

“Mengapa DAP yang dulunya begitu takut kepada UMNO kini sudah tidak lagi berasa takut kepada parti ini?

“Apakah pengaruh PAS dan Bersatu kini terlalu kuat sehingga DAP melihat parti ini sebagai ancaman utama?

“Mana satukah yang boleh dianggap kemuliaan atau kebanggaan. Ditakuti atau tidak ditakuti oleh DAP,” soalnya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Anwar tidak menolak kemungkinan menjalinkan kerjasama dengan UMNO walaupun perbincangan mengenainya masih belum dilakukan secara formal.

Anwar dilaporkan berkata, kerjasama itu disokong beberapa Ahli Parlimen daripada UMNO, dan ia akan menjadi kenyataan jika parti terbabit tekad memutuskan hubungan dengan Bersatu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button