Berita UtamaDunia

Korea Utara uji 2 peluru berpandu selepas lawatan AS

Penganalisis anggap ia cabaran sederhana terhadap pentadbiran Joe Biden

PYONGYANG, 10 Syaaban 1442H, Rabu – Korea Utara menguji beberapa peluru berpandu hanya beberapa hari selepas pegawai pertahanan dan diplomatik Amerika Syarikat (AS) membuat lawatan ke Korea Selatan, kata seorang pegawai AS.

Pegawai itu dalam kenyataan semalam mengesahkan, dua peluru berpandu ditembak pqda hari Ahad, dalam cabaran pertama Pyongyang kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden.

Katanya, seperti kelaziman, Pyongyang pernah menggunakan ujian peluru berpandu untuk melakukan provokasi terhadap Washington dan Seoul.

Pegawai itu mendakwa bahawa AS mengesan tembakan peluru berpandu itu ketika ia dilancarkan. 

Tetapi, baik Korea Selatan mahupun Korea Utara tidak mengakuinya, dan para pegawai AS juga membisu, hingga sekarang.

Penganalisis menganggapnya sebagai cabaran sederhana terhadap pentadbiran Biden sejurus selepas ia berusaha untuk terlibat dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un dalam perbincangan mengenai denuklearisasi.

Pelancaran itu dilakukan hanya beberapa hari selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken dan Setiausaha Pertahanan, Lloyd Austin mengunjungi Jepun dan Korea Selatan untuk membincangkan masalah pakatan dan keselamatan mereka di rantau ini, dengan Korea Utara yang bersenjata nuklear dilihat sebagai ancaman utama.

Mereka juga mengikuti latihan bersama bermula 8 hingga 17 Mac oleh pasukan pertahanan AS dan Korea Selatan.

Pelancaran seperti itu, terutama peluru berpandu balistik berkeupayaan nuklear, biasanya disertai dengan pengumuman dari Pyongyang dan serangan sengit dari Seoul.

“Korea Utara biasanya mengumumkan ujian seperti itu melalui media negeri tetapi tidak ada kali ini.

“Ujian tersebut biasanya juga dilaporkan dengan cepat setelah ujian itu dilakukan melalui media Jepun dan Korea, tetapi tidak ada,” tulisnya di Twitter.

Seorang lagi pakar Korea Utara, Jeffrey Lewis, mengatakan bahawa ujian tersebut mungkin dilakukan untuk peluru berpandu pertahanan pantai jarak dekat.

“Jika memang demikian, ini adalah tindak balas yang cukup ringan terhadap latihan ketenteraan AS-ROK,” katanya, merujuk kepada Republik Korea. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button