Berita Utama

Musuh atur strategi naikkan semula kerajaan boneka?

Tak mustahil kehancuran dan kerosakan akan jauh lebih teruk

BANGI, 10 Syaaban 1442H, Rabu – Penyatuan semua parti Melayu-Islam di bawah satu payung dipercayai mampu menepis segala anasir luar dan dalam yang boleh mengancam negara.

Jika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil pendekatan itu, tidak mustahil Melayu sekali lagi terselamat setelah dahulunya diserang dengan agenda Malayan Union.

Dalam hal ini, Ketua Komunikasi dan Multimedia Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Rashidi Haris berpendapat, tidak ada jalan lain, hanya dengan menyatukan semua parti Melayu-Islam ini bawah satu payung.

“Jika tidak, musuh orang Melayu akan mengerumuni dan meratah sepuas hati peluang ini,” katanya dalam kenyataan.

Tanpa menamakan mana-mana pihak, Haji Rashidi berkata, mereka sekarang sedang mengatur strategi merancang bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada dengan menaikkan semula kerajaan boneka, sebagaimana sebelum ini mereka berjaya dengan propaganda yang diperbesar-besarkan.

“Jika mereka berjaya mendapatkannya kali kedua, tidak mustahil kerosakkan dan kehancuran yang akan mereka lakukan jauh lebih teruk daripada yang pernah mereka kuasai,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button