Berita Utama

Bongkah konkrit jatuh tiada kaitan pembinaan SUKE : Prolintas

Kerja pengalihan, pembersihan selesai kurang 30 minit

KUALA LUMPUR,  11 Syaaban 1442H, Khamis  – Sebuah bongkah konkrit jatuh daripada sebuah lori di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Ampang awal pagi tadi sehingga menyebabkan kesesakan teruk.

Bagaimanapun, menurut Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas), kejadian itu tidak ada kaitan dengan pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

“Bongkah konkrit itu jatuh daripada sebuah lori pihak ketiga yang melalui kawasan berkenaan. Kerja pengalihan dan pembersihan selesai kurang 30 minit dan keadaan trafik kembali seperti biasa,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, tular dalam media sosial insiden bongkah konkrit terjatuh dari sebuah lori di lorong tengah MRR2 selepas Hillview menghala ke Ampang kira-kira 7 pagi. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button