Berita UtamaDunia

COVID-19: Tujuh juta botol air zamzam diedar di Masjid Nabawi

Pusat khas turut diwujud sejukkan 120,000 liter botol air zamzam

MADINAH, 11 Syaaban 1442H, Khamis –  Agensi pengurusan hal ehwal Masjid Nabawi mengedarkan lebih tujuh juta botol air zamzam kepada jemaah dan pengunjung masjid.

Pihak masjid turut menyediakan lebih 40,000 botol air zamzam kepada pesakit COVID-19 di hospital, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Selain itu, sebagai sebahagian langkah mengekang penularan wabak COVID-19, 110 alat khas manual dan elektrik digunakan untuk mengedarkan air zamzam kepada jemaah.

Di samping sebuah pusat khas turut diwujudkan bagi menyejukkan 120,000 liter botol air zamzam. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button