Berita UtamaDunia
Erdogan dipilih sekali lagi terajui AKP
Beliau memperoleh 1,428 daripada 1,431 undi

ANKARA, 11 Syaaban 1442H, Khamis – Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan sekali lagi dipilih untuk menerajui Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) dalam perhimpunan agung parti itu pada Rabu, lapor Xinhua.
“Kami tekad untuk tunaikan janji-janji kami kepada negara, terutama perlembagaan baharu,” kata Erdogan ketika berucap kepada perwakilan parti selepas pemilihan.
Menurut pegawai parti, Erdogan memperoleh 1,428 undi daripada keseluruhan jumlah undi 1,431, tiga undi rosak.
Pada perhimpunan agung itu Erdogan turut melakukan perubahan besar dengan melantik bekas Perdana Menteri Binali Yildirim menjadi ahli lembaga pembuat keputusan dan pentadbiran parti.
Rombakan kabinet juga dijangka dibuat dalam waktu terdekat. -Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.