Berita Utama

JAINJ mungkin pemerhati prosiding rayuan kalimah Allah

Sokong usaha Kerajaan Persekutuan failkan rayuan

KULAI, 11 Syaaban 1442H, Khamis – Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) berkemungkinan besar akan menjadi pemerhati dalam rayuan kerajaan Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Tosrin Jarvanthi berkata, tindakan itu dilakukan sebagai menyokong usaha kerajaan Persekutuan yang memfailkan rayuan berhubung isu itu.

“Isu ini telah dibawa dalam Jabatan Fatwa Negeri Johor dan kita sedang menunggu proses rayuan berhubung isu itu daripada kerajaan Persekutuan.

“Kemungkinan besar JAINJ akan menjadi pemerhati dalam prosiding, yang akan diketuai Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya kerajaan negeri bersedia membantu kerajaan Persekutuan dalam menyokong rayuannya berhubung isu itu seperti yang dititahkan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar baru-baru ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button