Berita Utama

Kakitangan Mahkamah Syariah direman bantu siasatan SPRM

Terima RM5,500 lancar permohonan pengesahan sabitan nasab

KANGAR, 11 Syaaban 1442H, Khamis – Seorang kakitangan mahkamah syariah direman selama dua hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan rasuah berkaitan proses permohonan pengesahan sabitan nasab.

Perintah reman hingga 26 Mac itu dikeluarkan Majistret Kamaliza Md Zain di Mahkamah Kangar hari ini yang membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Suspek ditahan selepas memberi keterangan di Pejabat SPRM Perlis kira-kira 5.30 petang semalam.

Menurut sumber, kakitangan mahkamah syariah dengan gred 29 berusia 41 tahun itu menerima suapan berjumlah RM5,500 sebagai dorongan untuk melancarkan proses permohonan pengesahan sabitan nasab.

Menurut sumber  itu,  berdasarkan semakan transaksi, kakitangan terbabit telah menerima RM3,000 pada Rabu minggu lepas. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button